Selasa, 18 Mac 2014

Dunia Petanque..~

Petanque adalah satu permainan yang agak menarik bagi aku..~ Petanque adalah semangat bari hidup aku.. Dulu, aku tak kenal dan langsung tak tahu pasal petanque nie.. Tapi disebabkan kawan-kawan aku semua dah join, aku pon dengan rela hati join larh..~ Sejak aku sekolah rendah, aku tak pernah dengar yang kat dunia ni ada permainan petanque.. Tapi aku cuba nak berkenalan dan cuba nak main dengan petanque.. Rupa-rupanya petanque sangat best bagi aku.. Permainan ni menguji aku tuk bersabar dan tenang.. Tetapi disebalik permainan petanque ni, ada satu benda yang aku paling suka sekali iaitu membalas dendam.. Hahaha, gilew kan..~

Dulu masa aku form 1, kawan sekelas aku dah ada ajak aku tuk join petanque.. Tapi aku tak nak, sebab aku anggap petanque nie membosankan..~ Hahah, tapi kelamaan, aku jadi minat nak join pulak.. Tahun ni aku start join petanque sekolah aku.. Mula petengahan bulan satu, aku dan 11 lagi kawan aku selalu buat latihan petanque waktu petang.. Sebelum ni hanya 6 orang je, tapi untuk tahun ni 12 orang.. Sebab pihak sekolah nak menghantar 2 group untuk lelaki dan 2 group untuk perempuan.. Hum, Alhamdullilah.. Walaupun baruw 2 1/2 bulan kita orang belatih, cikgu tetap nak hantar kita orang yang group baru mewakili sekolah dalam pertandingan petanque peringkat negeri melaka tahun ni..~ 


Pada mingu lepas, 15 & 16 Mac lalu, Pertandingan Petanque berlangsung dekat SMK Seri Tanjung..~ Aku dan group aku berdebar2 sebabkan kita orang baru first time masuk pertandingan nie.. Biasalah, tak penuh ilmu didada jangan harap erti kemenangan .. Tapi aku teruskan semangat aku untuk menaikan nama baik sekolah aku.. Walaupun hanya sekadar permainan yang mudah, tapi aku yakin bahawa kemenangan adalah satu penghargaan aku kat sekolah aku..~

Tapi group aku dengan group perempuan baru tiada rezeki.. Kami hanya dapat kemenangan hanya sekali.. Dan kami dapat kekalahan 2 kali.. Kami disingkirkan.. Huhuh, tapi tak pe, bak kata cikgu, kekalahan bukan bererti kita kalah buat selamanya, pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berusaha..~ Group aku menang game yang pertama iaitu berlawan dengan SMK Dang Anum .. Dan kami kalah dengan sekolah SMK Tun Ghaffar Baba dan SMK Klebang..~ Dua sekolah ini mempunyai permain yang banyak pengalaman.. Susah oo nak kalahkan dieowang..~ 

Group Wanita Ke Suku Akhir
Group Lelaki Yang Mendapat Top 16


















Tapi berita yang membanggakan aku dan kawan ku ialah group lelaki 1 dapat memasuki Top 16.. Dan group perempuan A dapat memasuki sehingga Suku Akhir.. ~ Alhamdullilah.. Usaha yang dieowang buat 3 tahun ini membuahkan hasil.. Hum, tak pe, walaupun aku kalah tetapi aku tetap berbangga dengan pencapaian kawan aku..~ Hopefuly tahun depan kita owang akan teruskan usaha untuk mendapat tempat dalam pertandingan ini.. Bukan kemenangan yang kami mahukan tetapi pengalaman yang tidak akan kami lupakan..~ Amin..~