Selasa, 18 Mac 2014

Dunia Petanque..~

Petanque adalah satu permainan yang agak menarik bagi aku..~ Petanque adalah semangat bari hidup aku.. Dulu, aku tak kenal dan langsung tak tahu pasal petanque nie.. Tapi disebabkan kawan-kawan aku semua dah join, aku pon dengan rela hati join larh..~ Sejak aku sekolah rendah, aku tak pernah dengar yang kat dunia ni ada permainan petanque.. Tapi aku cuba nak berkenalan dan cuba nak main dengan petanque.. Rupa-rupanya petanque sangat best bagi aku.. Permainan ni menguji aku tuk bersabar dan tenang.. Tetapi disebalik permainan petanque ni, ada satu benda yang aku paling suka sekali iaitu membalas dendam.. Hahaha, gilew kan..~

Dulu masa aku form 1, kawan sekelas aku dah ada ajak aku tuk join petanque.. Tapi aku tak nak, sebab aku anggap petanque nie membosankan..~ Hahah, tapi kelamaan, aku jadi minat nak join pulak.. Tahun ni aku start join petanque sekolah aku.. Mula petengahan bulan satu, aku dan 11 lagi kawan aku selalu buat latihan petanque waktu petang.. Sebelum ni hanya 6 orang je, tapi untuk tahun ni 12 orang.. Sebab pihak sekolah nak menghantar 2 group untuk lelaki dan 2 group untuk perempuan.. Hum, Alhamdullilah.. Walaupun baruw 2 1/2 bulan kita orang belatih, cikgu tetap nak hantar kita orang yang group baru mewakili sekolah dalam pertandingan petanque peringkat negeri melaka tahun ni..~ 


Pada mingu lepas, 15 & 16 Mac lalu, Pertandingan Petanque berlangsung dekat SMK Seri Tanjung..~ Aku dan group aku berdebar2 sebabkan kita orang baru first time masuk pertandingan nie.. Biasalah, tak penuh ilmu didada jangan harap erti kemenangan .. Tapi aku teruskan semangat aku untuk menaikan nama baik sekolah aku.. Walaupun hanya sekadar permainan yang mudah, tapi aku yakin bahawa kemenangan adalah satu penghargaan aku kat sekolah aku..~

Tapi group aku dengan group perempuan baru tiada rezeki.. Kami hanya dapat kemenangan hanya sekali.. Dan kami dapat kekalahan 2 kali.. Kami disingkirkan.. Huhuh, tapi tak pe, bak kata cikgu, kekalahan bukan bererti kita kalah buat selamanya, pengalaman yang mengajar kita untuk lebih berusaha..~ Group aku menang game yang pertama iaitu berlawan dengan SMK Dang Anum .. Dan kami kalah dengan sekolah SMK Tun Ghaffar Baba dan SMK Klebang..~ Dua sekolah ini mempunyai permain yang banyak pengalaman.. Susah oo nak kalahkan dieowang..~ 

Group Wanita Ke Suku Akhir
Group Lelaki Yang Mendapat Top 16


















Tapi berita yang membanggakan aku dan kawan ku ialah group lelaki 1 dapat memasuki Top 16.. Dan group perempuan A dapat memasuki sehingga Suku Akhir.. ~ Alhamdullilah.. Usaha yang dieowang buat 3 tahun ini membuahkan hasil.. Hum, tak pe, walaupun aku kalah tetapi aku tetap berbangga dengan pencapaian kawan aku..~ Hopefuly tahun depan kita owang akan teruskan usaha untuk mendapat tempat dalam pertandingan ini.. Bukan kemenangan yang kami mahukan tetapi pengalaman yang tidak akan kami lupakan..~ Amin..~ 


Selasa, 4 Februari 2014

Dunia Persahabatan ~

Dunia ni bukan senang nak cari orang yang betul-betul carry pasal kita.. Tak semesti nya orang yang kita sayang itu ambil berat tentang kita, kadang-kadang orang yang kita tak sangka tu larh yang selalu ambil berat pasal kita.. So, kalau seseorang tu suka ambil berat tentang kita, jangan larh sesekali membazirkan nya kerana zaman sekarang orang semua tak boleh dipercayai.. Adew yang baik dengan kita sebab adew sebab yang tersendiri dan kadang-kadang dia sanggup menjatuhkan maruah kita sendiri.. Seperti aku, aku selalu mendapatkan kawan yang bukan ikhlas berkawan dengan aku.. Kadang2 aku tak tahu kawan aku ni boleh ke jadi kawan aku dunia akhirat atau die berkawan aku untuk kesenagan hidup dieowang.. Tapi aku tak suka tuk medatangkan syakwasangka dekat owang.. Aku tahu aku bukan kawan yang baik sangat pon.. Kadang-kadang aku sanggup bergaduh dengan kawan baik aku sendiri.. Aku sanggup menuduh mereka yg bukan-bukan.. Adakah sebab aku yang die owang tak tahan dengan perangai aku nie.. Aku buntu, kenapa manusia ni memandang wajah daripada keikhlasan..~ Maybe, kalau kita mempunyai kawan yang hensem dan cantik, orang akan pandang kita tinggi... Humm, entahlah.. Sekarang nie aku tak tahu ape dah jadi kat hidup aku..  Bila gaduh sikit dah nak putus kawan.. Hummm..~

Sekarang prinsip hidup aku. kalau orang tu nak kawan dengan aku, kawanlah.. Kalau dah boring dengan aku, aku tak kesah kalau die nak tinggalkan aku.. Kerana dunia ni kawan boleh dicari, cuma kita jangan memilih jew.. Setiap yang pergi pasti adew yang baru akan kembali..~ Humm, jangan cuba melukakan kawan yang sayang pada anda kerana sayang yang diberikan kepada kita adalah untuk sepanjang hidup kita.. Dan jangan mudah mempercayai kawan anda yang hanya menyusahkan anda dan hanya mahu merosakan repotasi anada sahaja..~ 

Isnin, 3 Februari 2014

Dugaan Manusia ~

Kadang-kadang hidup aku nie banyak dugaan yang aku kena tempuhi.. Kadang kala aku sanggup menerimanya tapi tak semua aku dapat tempuhi.. Ada dugaan yang menyebabkan emosi dan perasaan aku..~ Aku tak tahu nax buat apew, yang aku tahu baik aku diam daripada aku berkata-kata.. Tapi kalau aku terus mendiam masalah aku tak akan selesai.. Aku tahu semua orang mempunyai masalah masing-masing, tapi aku pasti dieowang tak boleh pendam masalah dieowang sendiri, dan sampai satu tahap, kita harus kongsi masalah kita dengan owang laen..~ Seperti aku, aku harus tempuhi semua nidengan sendiri.. Aku malu tuk meluahkan dengan kawan aku.. Lagi pun aku tahu, masalah yang dieowang hadapi lebih besar dari masalah aku..
Yang aku tahu, hidup yang aku tempuh adalah hidup aku.. Aku tak nak dieowang terbabit dalam masalah aku..Sekarang aku cuma ada Tuhan yang bersama aku, sentiasa menyokong dan menjaga aku..~ Aku tahu semua dugaan ni datang daripada -Nya..

لا يكلف الله نفسا إلا وسعه

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Setiap manusia Allah memberi kesusahan yang berbeza.. Tapi sesungguhnya Allah memberikan manusia dugaan dengan apa yang terdaya olehnya..~ Setiap dugaan perlulah diketuai dengan kesabaran kerana, kesabaran adalah kekuatan hidup kita dan dia adalah separuh dari iman kita.. Percayalah, Allah menyanyangi hambanya yang selalu mengingatinya..~ 

* Azam 2014 *

Assalamualaikum,
Welcome to 2014..~
Aku bersyukur kerana aku dapat lagi bernafas untuk tahun ni dan aku dapat bersekolah semuala..Hum, aku terlambat nak ucapkan tahun baru kat kowang .. Tapi tak pew, yang penting kita bersyukur sebab Allah beri kita nikmat untuk hidup dialam maya ni.. Tahun ni aku Form 3.. Macam sekejap jew.. Hum, maybe tahun ni mesti aku tak banyak storykan kat dalam blog nie..~ Maklumlah orang nax pergi perang.. Nax asah parang lagi..~ Hum, takut pon adew.. Tak tahulah apew nasib kitaowang batch 99 tahun ni.. Terjun lombong baik kot.. Hahah.. Perh, stress dibuatnya.. Okey, skarang kan dah tahun baru, aku pon adew azam baru nak kongsikan dengan kowang.. Maybe azam aku nie terbaik tuk aku dan tak terbaik tuk aku.. Tapi tak pew, yang penting itu impian aku tuk tahun ni..~~
  • Aku Mahu Menjadi Anak Yang Terbaik Untuk Kedua Ibubapa Aku.. 
  • Aku Nak Menggembirakan Hati Ibubapa aku dengan Keputusan Peperiksaan Aku Nanti..
  • Aku Nak Menjadi Orang Yang Baik
  • Aku Nak Menjadi Friendly, terutama dengan kawan baik aku..
  • Aku Nak Menjadi Seorang Yang Bertanggungjawab..
  • Aku Nak Menjalankan Tugas Aku Sebagai Seorang Anak Dan Penyeri Keluarga Aku..
  • Aku Nak Belajar Sungguh-Sungguh..
  • Aku Nak Kelas Aku Menang Tahun Ni..~ (Kebersihan Kelas)
  • Aku Nak Kacau Kawan Aku Dengan Teruk Lagi..
  • Aku Nak Tukar Nama Panggilan Aku...
Hahaha, tu antara azam aku tahun ni.. Ada yang bagus dan adew jugak yang gilew.. Hahah.. Tapi adew sesuatu yang akan aku tempuhi sempanjang tahun ni iaitu berpisah dengan ex-twin aku.. ( Muhammad Azim Zamri ).. Maybe ni semua tuk kebahagiaan aku.. Kawan aku kata, kalau die ikhlas nak kawan aku, die tak kan buat aku macam ni.. Hum, insyallah, kalau aku boleh terima kenyataan yang aku gan die memang bukan kawan yang boleh bersama.. Aku akan buat semua tu..~ Hum.. Okeylah.. Abis larh azam aku tuk tahun ni..~ Insyallah, Aku akan dapat azam yang aku impikan sepanjang tahun ni..~ Amin..~